Mesin Basuh PERTAMAKU!

Friday, October 27, 2017



Hari ni excited sikit akhirnya setelah nak masuk 4 tahun kahwin, barulah kami ada mesin basuh! LOL
Masa kahwin belum ada anak, rasa macam tak ada keperluan nk beli mesin basuh disebabkan dua faktor, selalu balik rumah parents dan rumah apartment yang kami sewa ni kecil. Jadi ruangnya sangat limited nak letak mesin basuh. Jadi Melda dan husband selalu hantar dobi sahaja. (Banyak gila bazir duit okay.)

Tapi lepas ada Melor, barulah terhegeh-hegeh nak cari mesin basuh yang sesuai. Jadi sebelum Melda nak beli, kita survey lah brand apa yang bagus dulu. Leceh kot kalau mesin basuh cepat rosak, sebab nak kena panggil orang lah, kalau kena hantar kedai dah satu hal kena cari lorikan? Jadi mengikut survey yang Melda post di FB, ramai yang kata brand TOSHIBA bagus!



Boleh rujuk post yang diatas.

Jadi kita pun terus membuat carian di LAZADA. Berikut adalah merupakan jenis washing machine TOSHIBA [KLIK SINI] paling murah yang Melda jumpa. Toshiba 7.2kg, okaylah duduk bertiga je pun kan.

Pastu kita pun buat lah survey ke Harvey Norman, Tesco, Aeon BIG, kedai mesin basuh dan sekutu dengannya. Nak tengok jugak rupanya, sizenya, buttonnya. Lepas-lepas dah survey, rasa dok berkenan si kecil molek brand Panasonic pula. Sebab brand Toshiba ni makan space sikit walaupun 7.2kg je. Panasonic pilihan hati ni ada dua 7kg and 7.5kg. 7 kilo Panasonic harga lebih kurang Toshiba ni tapi tambah dalam berapa puluh dapat yang 7.5kg punya. So then, I have decided to buy..
this PANASONIC waching machine! Dalam survey yang Melda post kat FB tu pun ada yang mention brand Panasonic. 



Untung gila beli kat LAZADA ni, dah lah tengah PROMO FREE POSTAGE by Senheng. Melda pun apa lagi! Cepat-cepatlah order. Bukan Promo tu jer, masa Melda beli hari tu ada Promo Code by debit card, dapat lah discount RM15. 

Kelebihan Beli Mesin Basuh melalui LAZADA

  • Sampai depan rumah
  • Harga lebih murah
  • Dapat SHOP BACK  
Ishh rugilah kalau dah beli macam-macam kat LAZADA tapi tak melalui akaun SHOP BACK




ni bukti dapat balik 3.5% daripada pembelian mesin basuh kat lazada


Berbaloi-baloi kot. Bermakna Melda hanya spend RM756.65 selepas dapat balik SHOPBACK hasil daripada belian Melda di LAZADA tadi.   


Nak puji staf Senheng ni memang efisyen siap tolong buangkan kotak mesin basuh. :D
 
Cuma satu je lah kalau depa mention awal-awal jenis batang paip yang diperlukan, lagi bagus. Sebab sampai-sampai je masih tak boleh guna disebabkan water hose tak compatible dgn pili air dirumah ni.


Sekian cerita excited Melda dapat Mesin Basuh baru. Tak sabar nak buat laundry hehehe :p
 

You Might Also Like

0 comments

Subscribe

Followers

Youtube Channel